|
-VB Tutorial?
-Berita Terkini
-Kelas 1
-Kelas 2
-Kelas 3
-Kelas 4
-Kelas 5
-Kelas 6
- .doc
- .zip
- .rar
-Tan Jia Xun
-Chai Wuh Shing
-Tan Chee Seng
-FAQ
| |
¡@
Kelas 3 : Pengunaan kekotak teks,
bebutang perintah, label, dan kekotak gambar

Kekotak Teks
Dalam kelas 2, kamu telah mempelajari kekotak teks adalah
digunakan untuk pengguna isikan data. Katakanlah sekarang anda telah mempunyai
satu kekotak teks pada antaramuka aturcara anda, marilah kami
mengkonfrigurasikan ciri-ciri kekotak teks itu. Jadual dibawah adalah huraian
ciri-cri kekotak teks yang biasa perlu dikonfrigurasikan.
|
(Name) |
Dalam Visual Basic, setiap komponen memerlukan satu nama
untuk mewakilinya. Nama tersebut mestilah unik dan tidak boleh sama dengan
komponen lain. Biasanya, cara penamaan adalah bermula dengan prefik berikut
dengan fungsinya. Contohnya, katakan anda mempunyai satu kekotak teks yang
digunakan untuk mengisi nama, maka nama nya adalah txtNama. |
|
Alignment |
Menyusun perkataan dalam kekotak teks mengikut sebalah
kiri, tengah atau kanan |
|
Enabled |
Mengkonfligurasikan sama ada kekotak teks ini boleh
digunakan atau tidak |
|
Locked |
Apabila Locked adalah true, pengguna tidak
dapat isikan apa-apa ke dalam kekotak teks |
|
ScrollBar |
Kadang-kala, kami tidak dapat menjangka berapa panjang
perkataan pengguna akan isikan dalam kekotak teks. Sekiranya kami
menyediakan ruang yang terlalu kecil, sebilangan perkataan tidak dapat
dilihat. Dengan menukar Scroll kepada true, maka perkataan yang tidak dapat
dilihat dapat dilihat |
|
Text |
Menentukan perkataan yang hendak dipaparkan dalam kekotak
teks pada asalnua apabila program dijalankan |
Label
Di samping menggunakan kekotak teks, label adalah penting
unruk memaparkan sesuatu yang tidak ingin diubah oleh pengguna. Di sini,
ciri-ciri yang lebih kurang sama dengan kekotak teks tidak akan dibiuncang lagi.
Kami hanya memberikan penerangan beberapa ciri-cri yang hanya ada bagi label
sahaja.
|
AutoSize |
Pada masa tertentu, label digunakan untuk memaparkan
hasil proses atau maklumat yang dimasukan oleh pengguna. Kepanjang perkataan
adalah susah dijangka. Oleh itu, dengan menukarkan AutoSize kepada True,
Saiz bagi label akan bertukar sendiri setiap kali kandungan label berubah |
|
Caption |
Fungsinya adalah lebih kurang sama dengan ciri Text yang
berada di kekotak teks. Ia digunakan untuk menentukan apa yang hendak
dipaparkan sebaik sahaja program dijalankan |
|
WordWrap |
Fungsinya adalah lebih kurang sam dengan AutoSize. Apa
yang berbeza ialah apabila kepanjangan perkataan melebih saiz asal lebel
tersebut, perkataan yang berlebihan akan dibawa bawah ke baris ke-2 dan
seterusnya. |
Bebutang perintah
Kegunaan bebutang perintah bertambah penting dan popular
selepas penggunaan tetikus dicipta kerana ia adalh lebih mudah dan cepat
berbanding dengan menggunalan papan kunci. Di sini, kami akan memperkenalkan
beberapa ciri-ciri yang penting bagi butang perintah.
| Default |
Sekiranya butang perintah tersebut mengkonfrigurasikan
Default kepada true, maka kami boleh menekan button Entek yang berada di
papan kunci untuk mengganti penggunaan tetikus untuk klik button tersebut. |
| Cancel |
Fungsinya adalah lebih kurang sama dengan Default. Apa yang
berbeza ialah kali ini ialah menggunakan button Esc pada papan kunci. |
Kekotak gambar
Fungsi utama kompinen ini adalah digunakan untuk memaparkan gambar. Walau
bagaimanapun, kadang-kala ia digunakan untuk memaparkan hasil proses juga.
| Picture |
Fitur ini membolehkan anda mencari fail gambar yang disimpan
dalam cakera untuk dipaparkan |
Kelas seterusnya
Dalam kelas seterusnya, kamu akan diajar pengekodan mudah seperti membaca maklumat yang
diisikan pada kekotak teks untuk menjalankan operasi-operasi.
[Back]
|